J/Kuasa Peralihan – Pembentangan Biro Ekonomi & Kebajikan

Malam tadi, bermula pada pukul 9:35 malam, terlewat hampir 20 minit dari perancangan asal, maka bermulalah pembentangan pelan perancangan oleh dua biro iaitu Biro Ekonomi & Biro Kebajikan.

Dimulakan dengan sedikit mukaddimah oleh bakal nazir Masjid As-Salam dengan memaklumkan secara berterusan sebagai peringatan kepada semua bakal ketua-ketua biro dan juga j/kuasa biro bahawa apa yang kita lakukan sekarang ini hanyalah sekadar perancangan sementara menunggu perlantikan yang sah yang bakal diwatikahkan InsyaAllah pada awal bulan Jun 2009.

010420091207

Continue reading

Taklimat Khas Kepada Bakal Biro & Sub Biro

imej_assalam3Alhamdulillah, syukran kerana dengan izinNya juga maka pada 22/03/2009 telah berlangsungnya satu taklimat khusus kepada bakal ketua-ketua Biro dan AJK-AJK Biro berkaitan dengan hala-tuju Masjid As-Salam Puchong Perdana. Taklimat yang disediakan khusus untuk mereka-mereka tersebut telah disampaikan dengan jayanya oleh bakal Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana, Tuan Hj Yasim Mohamed.

 

Taklimat yang bermula sekitar pukul 10:10 pagi tersebut telah dihadiri oleh hampir keseluruhan Biro-Biro yang tersenarai. Lebih kurang 40 peserta telah hadir dan apa yang dapat diperhatikan, kesemua yang hadir telah mendengar taklimat yang disampaikan denga penuh minat.

Sememangnya tujuan utama penampilan sulong taklimat tesebut adalah merupakan sebahagian dari gerak-kerja bakal peneraju Masjid As-Salam sesi 2009 ~ 2013 bagi memberi pendedahan mutlak bekaitan dengan VISI dan MISI masjid. Adalah menjadi tanggung-jawab bakal Nazir untuk memperjelaskannya selengkap yang mungkin supaya setelah proses peralihan yang bakal berlaku nanti, kesemua AJK, Ketua-ketua Biro dan AJK-AJK Biro telah bersedia dengan peranan dan tanggung-jawab masing-masing.

imej_assalam11

Sebagai seorang yang pakar dalam memberi taklimat dan juga motivasi dalam pelbagai variasi, Tn Hj Yasim memang telah membuka lembaran baru bersesuaian dengan kekuatan telah sediada pada Masjid As-Salam itu sendiri. Beliau bukan sahaja berjaya mencernakan suasana celik minda kepada semua yang hadir malah beliau sebagai seseorang yang bakal memikul bebanan dan harapan ahli kariah amat menekankan disiplin kepada pimpinan dan pentadbir Masijid As-Salam itu sendiri.

Sedikit berkaitan dengan prasarana yang tersedia ada pada Masjid As-Salam ini. Ramai di antara kita sebagai anak kariah tidak pernah mengetahui bertapa Masjid As-Salam telah dibina dengan kemudahan serta prasarana asas yang jauh lebih baik berbanding masjid-masjid yang berada disekelilingnya, termasuklah Masjid Al-Falah USJ, Masjid Al-Munawarah Shah Alam, mahupun Masjid Subang Airport.

Masjid As-Salam mempunyai pelbagai prasarana yang amat istimewa. Dilengkapi dengan  2 buah bilik kuliah berkapasiti sehingga 50 – 60 orang (bergantung kepada program), 1 buah bilik@dewan serbaguna yang boleh memuatkan sehingga 150 orang (program jamuan, taklimat dsb), 1 buah bilik mesyuarat berkapasiti sehingga 30 orang  (lebih kurang), 1 buah pusat sumber, ruang pejabat, serta ruang legar yang luas yang amat sesuai diisikan dengan program seperti karnival, expo, taklimat, bengkel, perkhemahan remaja (dewasa pun boleh!) serta banyak lagi.

Kesemua ini telah dengan sendirinya memberi kekuatan kepada bakal peneraju pentadbir dan pengurusan Masjid As-Salam untuk sama-sama memasang tekad bagi meletakkan Masjid As-Salam ditempat yang sewajarnya sesuai dengan cogan katanya “Pusat Pengembangan Ilmu & Dakwah“.

Semoga cita-cita, impian dan semangat bukan sahaja dari kalangan bakal-bakal pentadbir Masjid As-Salam, malah anak-anak kariah dimakbulkan oleh Allah s.w.t serta Allah mempermudahkan segala urusan kita. Anak-anak karaiah sudah pasti terlalu menantikan suatu pembaharuan dan perubahan dalam urustadbir masjid.

InsyaAllah.

Mulut BUSH DiKelukan Kerana Hina Al-Quran

Test Lagi

Lagi2 Test

test

test

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.