J/Kuasa Peralihan – Pembentangan Biro Ekonomi & Kebajikan

Malam tadi, bermula pada pukul 9:35 malam, terlewat hampir 20 minit dari perancangan asal, maka bermulalah pembentangan pelan perancangan oleh dua biro iaitu Biro Ekonomi & Biro Kebajikan.

Dimulakan dengan sedikit mukaddimah oleh bakal nazir Masjid As-Salam dengan memaklumkan secara berterusan sebagai peringatan kepada semua bakal ketua-ketua biro dan juga j/kuasa biro bahawa apa yang kita lakukan sekarang ini hanyalah sekadar perancangan sementara menunggu perlantikan yang sah yang bakal diwatikahkan InsyaAllah pada awal bulan Jun 2009.

010420091207

Ini kerana kata bakal nazir, perancangan yang teliti adalah amat perlu semoga selepas watikah diperturunkan kepada Ahli Jawatankuasa kelak, semua urusan perancangan telah selesai maka dengan itu perlaksanaan terus dapat berjalan tanpa kepincangan yang keterlaluan. Jelasnya lagi, sekiranya tidak ada persediaan dibuat secara terpeinci dan tersusun, sudah tentunya setelah penerimaan watikah kelak, kita perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan lagi memandangkkan kita telah pun memulakan langkah yang sedang diambil sekarang ini seawal bulan Febuari 2009 lagi.

Sehubungan dengan itu, jelas beliau, tidak timbul perasaan tegesa-gesa dan tidak sabar malah jauh sekali untuk menggunakan kesempatan yang ada ini dari melakukan sebarang usaha untuk mengambil-alih peranan sebagai Nazir mahupun sebagai J/kuasa.

Setelah sedikit penjelasan yang telah berulang kali dinyatakan bagi setiap mesyuarat ataupun perjumpaan dengan bakal-bakal J/Kuasa & Ketua-Ketua Biro, maka bakal nazir memberi peluang kepada bakal Pengurusi Biro Ekonomi, En. Subhi Abdul memulakan pembentangan beliau.

Jelas sekali Biro ekonomi telah bersedia dengan meletakkan asas perancangan yang kukuh dengan menggariskan beberapa kegiatan atau aktiviti ekonomi yang mungkinnya jarangsekali  dipraktikkan di mana-mana masjid. Di dalam perbincangan tersebut En. Subhi telah meminta para ahli mesyuarat yang hadir untuk memberi komen dan pandangan terhadap pembentangan pertama beliau.

010420091208

Di sinilah timbulnya hemah tujuan untuk diadakan pembentangan bilamana pandangan dan komen dibina dan dihujjah dengan sebaik mungkin sehinggalah satu pembentangan yang pada awalnya telah elok dan cantik, ditokok-tambah menjurus kepada hasil yang lebih padu diperolehi.  Seterusnya biro ekonomi akan membuat pembentangan yang kedua yang menjurus kepada perincian tugasan dan aktiviti mencangkupi jangkamasa dan peruntukan (bajet).

Pembentangan yang kedua adalah dari Biro Kebajikan yang diketuai oleh En. Harun Bin Nayan. En. Harun mungkin lebih selesa setelah mendapat sedikit pendedahan dari apa yang telah dilakukan oleh Biro Ekonomi. Sama seperti Biro Ekonomi, Biro Kebajikan juga telah cukup bersedia untuk bersama-sama berkongsi cadangan dan komen dari ahli mesyuarat yang hadir. Satu pembentangan yang cukup mantap dari segi isi kandungan perancangan telah berjaya dipersembahakan J/kuasa Biro Kebajikan.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, sedikit tokok-tambah perlu diakukan demi memantapkan lagi perlaksaan Biro Kebajikan itu selepas penerimaan watikah.

Esok 2hb  April akan bermula pembentangan pelan perlaksanaan Biro Rekriasi & Pemuda Pembentangan dari Imam dan Bilal (pegawai masjid) iaitu Fardhu Ain dan Al-Quran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: